Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 12, 2012

kesan sebuah perceraian....

salam..
kita semua mesti tk mahu kan sebuah ikatan perkahwinan yg kita bina hancur di tengah jalan... ikatan yg dibina atas dasar cinta berakhir dengan sebuah perceraian... ia memberikan kesan yg amt dalam padi diri sendiri dan lebih2 lagi pada anak2.... tapi kita sebgai manusia hanya mampu merancang.. yg menentukan semuanya adalah Allah Taala....


penceraian adalah suatu mimpi ngeri bagi kehidupan pasangan suami isteri. Penceraian itu walaupun pada awalnya dianggap sebagai cara terakhir dalam menyelesaikan masalah, namun ia akan meninggalkan kesan dalam keruntuhan rumah tangga. Antaranya kesan keruntuhan rumah-tangga terhadap anak-anak . Antara yang terpenting, kurang kasih sayang terhadap anak-anak kerana kasih yang diberi oleh ibu atau bapa sahaja tidak sama dengan kasih dari kedua-duanya. Apatah lagi jika setelah bercerai anak-anak diserah kepada keluarga di kampung atau keluarga angkat untuk dipelihara, ini akan memberi kesan psikologi tambahan kepada anak-anak.
Kanak-kanak yang membesar dalam keadaan begini lebihterdedah kepada pengaruh keruntuhan moral. Dari segi pendidikan, mereka juga tidak mendapat pendidikan yang sempurna kerana perhatian yang diberikan kepada mereka adalah terbatas. Mereka juga akan merasa tersisih dari kanak-kanak lain kerana malu melihat keruntuhan keluarga dan ini akan memberi kesan kepada pergaulan harian mereka di dalam masyarakat.
Perasaan cemburu, marah dan pendendam lebih kuat menguasai mereka dari perasaan kasih sayang. Mereka akan meniti kehidupan yang terlalu mencabar berbanding dengan rakan-rakan mereka untuk berjaya di dalam kehidupan.