Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 21, 2011

sebab-sebab kenapa saya jarang keluar umah

ha.... tengok tajuk je mcm sy ni kaki dok umah kan?.. tp sebenarnya tk jugak... ada sebab2 kenapa sy rasa malas nk keluar umah.. salah satu sebab terbesarnya, Dosa...Sebenarnya, sy malas nk keluar sebab, tiap kali keluar je tgk ramai golongan yg tk sedar diri terutama kat megamall, ECM, ktn parade mcm2 lagi.. kt pasar mlm puun ramai yg tak sedar diri.. so dari sy turut berdosa melihat dana termengata kat diorg baik sy dok umah, layan intenet tgk movie kan...

cuba lakorg perhatikan kalu korg kuar ke bandor tu, budak2 zaman skg ni kalu berpakaian masyaAllah, mcm tk cukup belaka nk beli kain... ingat lawo gamaknya pakai nkap alur jubor sana sini, ada yg pakai tudung tp baju mcm sarung nangka... berpeluk sana sini, ikut sedap rasa je.... kadang2 tu mmg rasa nk bagi penampor je sedas, tp pikir pulak, kang tk pasal2 aku pulak yg dpt penampor semula.. budak skg ni bukan boleh ditegur, bila kita tegur mulalah diorg ckp kita ni memandai, mak bapak diorg pun tk kisah.. itu mmg ayat lazim diorglah tu...

yang selalu aku npk kt megamall la gaya pakaian diorg nk ikut trend pebenda ntah aku pun tk reti nk ckp.. payoh nk tafsir... dengan make up tebal klcc.. pastu baju pulak... aduh... rosak anak bangsa melayu.... sebab tu aku minat dengor lagu ni.... http://youtu.be/ep4-vPkXSiw..... memang ketif pala otak budak ni reka lagu...

Demam Denggi

nak kata aku demam denggi atau bukan, aku pun tk sure.. tp aku demam tiba2 je mengejut... siang hari molek je aku g megamall jalan2 balik ke umah, trus aku demam memnggigil tk boleh bangun... seminggu pulak tu.. seminggu tk makan... hasilnya dr sakit yg aku dpt, berat badan aku turun... huh kena maintain ni.. kemain susah nk dpt turun berat badan... kalau sebulan aku demam, jawabnya tinggal rangka la.... sebenarnya aku pun tak tau sgt apa itu denggi... tp smpai skg ni badan aku ttp ada bintik2 merah, g hospital doktor ckp bukan denggi.. ntah aku harap mmg bukan.. tp seksa bukan... sakit sendi Ya Rabbi... pinggang aku rasa nk patah... smpai la skg ni, aku nk berjalan pun sakit2 lagi kaki n betis aku ni... aku rasa nk selitkan sikit info pasal denggi kt sini yg telah aku google...


 
DEMAM DENGGI
Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.