Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 11, 2013

ingat mati..

Ya Allah, sesungguhnya waktu aku menulis ni mmg menjalar dalam hati aku takut sangat rasa kematian... ya Allah kekalknlah rasa ketakutan aku ini moga aku tk terus alpa dengan keduniaan....

Aku memang cukup takut dengan kegelapan dan tempat sempit. Memikirkan di dalam liang lahad nanti tempatnya sempit dan gelap aku menjadi sangat takut ya Allah. Demi Allah aku takut. Bagaimana akan aku hadapi nanti. Bagaimana sakaratulmaut aku nanti dan bagaimana seksaan kubur yang akan aku alami. Ya Allah ampunkanlah dosa aku. Aku takut memikirkan dosa2 yang telah aku lakukan. Aku sangat takut. Aku taknak mati dalam kesesatan. Aku taknak mati dalam keadaan yg penuh dengan dosa. Sesunguhnya kita sebagai mansia kadangkala tidak sedar dosa2 yg sedang kita lakukan.

Aku takut ya Allah. Aku hanya mampu luahkan disini. Di atas sejadah sujud kepadaMu. Aku mohon ya Allah lindungilah aku, suami aku, keluarga aku, sahabat aku dan semua muslimin muslimat dari api nerakaMu. Ya Allah kekalkanlah rasa kesedaran dan insaf dlam hati aku ni sehingga aku menemui Mu nanti.

Tanpa kita sedar banyak dosa2 kecil yg kita lakukan. Seperti aku juga, setiap hari banyak dosa yg aku lakukan. Dosa aurat byk sangat. Kadang2 kita lupa, kita memang dah pakai tudung, baju kurung, tapi kita tak sedar yg aurat kita masih tk tertutup dgn sempurna. Kaki tk pakai stokin@sarung kaki. Dah elok  bertutup semua pulak, baju kita pulak ketat. Semua ni peringatan untuk diri aku. Biarlah orang nak cakap kita old fashion ke apa, yg penting nawaitu kita dan redha Mu Allah. Ya Allah moga aku terus menutup aurat aku dengan sempurna selepas ini dgn izin dan rahmatMu. Memikirkannya aku jadi sangat takut. Lebih2 lagi bila aku memikirkan alam kubur. Ya Allah aku memang takut sangat memikirkan alam kuburMu ya Allah.

Aku mengambil kesempatan disini untuk memohon ampun dan maaf pada semua yg telah aku sakiti... Aku sebagai manusia biasa yg takkan pernah lari dari melakukan kesilapan.

Wassalam.