Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 13, 2011

Momok Jangan panggil aku



Sinopsis : Kassim menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Faizal, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Kassim bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Ramli menerima jemputan Faizal dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan. Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Faizal, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang di alaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah di selang selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.
Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu.Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki tua yang hanya dipanggil Pak Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Pak Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Pak Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Pak Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah di desak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.
Dalam perjalanan Faizal, Kassim sekali lagi menerima panggilan dari Faizal dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Faizal yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.
Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Faizal ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Kassim dan Ramli pengsan. Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Pak Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Faizal. Mereka berjumpa faizal di simpang jalan dan Faizal telah menunjukkan arah ke rumahnya..namun apabila mereka sampai ke rumah Faizal satu misteri telah terungkap…misteri yang mengakhiri destinasi Kassim, Ramli dan Qaseh. Siapakah Ita, Pak Long dan Faizal yang sebenarnya?

SERU 2011



Sinopsis Filem Seru

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran. Semasa penggambaran berlangsung, terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, diikuti oleh jurumekap (Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri.

Juru kemera Sham dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan penggambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit (Lina) mengarahkan agar Sari dibawa mendapatkan rawatan di hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua siri pembunuhan itu adalah disebabkan oleh sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Dan krew yang terlibat dalam penggambaran tersebut, terutamnaya Sari digunakan sebagai alat untuk mendapatkan kembali anak dan cucu


Sa.na.ri0 0..p...s Cabot



SINOPSIS ~~

Sinopsis : Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat dan mudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya. Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu membuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangnya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?