Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 4, 2011

hari yang suam kuku rimau

Assalamualaikum...

hari ni aktiviti biasa main bowling.. mengasah bakat dan hilangkan boring sementara membawa si nadia tu keluar sebelum dia pulang ke kampus... syok main bowling tadi, tap yg kelakarnya aku pakai skirt.. hahahha wlau pakai skirt tetap champion.. tak malu la sgt sebab busuk2 dapat jugak la 3 kali strike.. yg lain2 spare n ada jugak masuk longkang hehehe...

inilah gambor sy main bowling pakai skirt..
balik dari main bowling 2 game tadi, nak g la makan sbb dah lapor ya amat... pergila kt sebuah kedai kat sungai isap jaya... katanya kedai tu ok n sedap.. so nak try la betul ke tak... aku ni orderla milo ais dgn nasi goreng daging kunyit... si nur m ni plak order air limau nipis n nasi goreng la jugak...

tunggu punya tunggu, tk sampai2 jugak.. badan dah rasa hangin je... perut punyalah lapor.. smpai air minum dah abis pun tk smpai2 jugak.. yg pelik dan herannya, nasi yg aku bungkus boleh smpai, tp yg nk makan tak sampai2 jugak.. bila tnya budak kedai makan tu, dia buat muka blurr..... bertambah la hangin badan aku ni.....

setelah tunggu selama satu jam 1 minit dan kira2 36 saat aku rasa dah bertambah hangin, so kitorg pun suruh dia kira dah bla dari restoren tu.... cari kedai lain plak makan... sakitnya hati bukan kepalang... rasa mcm nak bakor je kedai tu...

masa aku smpai tu ada la satu group dlm 20 org rasanya sebab aku tk kira so aku buat congak secara rambang jela.... tengok2 baju yg diorg pakai tu gayanya mc org U..O.... hmmm patutlah... sendiri mau ingatlah

Hikayat Sang Kancil dan Buaya

hahahahaha... nostalgia sungguh.. korg semua mesti ingat kan cite ni.. masa aku sekolah rendah dulu, balik je sekolah mesti dok terpacak depan tv sbb nk tengok cite ni.. marilah layan sama2...


Hanya UntukNya...

Seorang insan yang hatinya
hanya kepada Allah
sangat menginginkan, tiadanya kepentingan peribadi..
atau duniawi...

Dirinya menginginkan
hanya tunduk kusyuk kepada-Nya...
dipenuhi masa bertakwa sentiasa..
merasa betapa ruginya..
membuang masa sia-sia
ingin sentiasa menambah pahala....

Andaikan lebih dihajatinya...
dirinya bagai malaikat
tanpa keperluan peribadi
segalanya darinya hanyalah
untuk pengabdian kepada Allah...

Allah lah segalanya
yang menyiram air ketenangan...
yang menyinar cahaya keteduhan..
di ruang hati yang berseri..
bersinar cahaya kebahagiaan..
abadi sentiasa....

Itulah pencinta Allah..
Islam junjunganya..
Rasulullah ikutannya...
Al-Quran amalannya....

Ketika hati menangis....

Tuhanku...
ketika hati menangis, hanya Kau saja yang tahu...


Tuhanku...
ketika mereka meninggalkan aku sendiri, 
ketika dunia tiada seimpati...
Kau tetap mendengar rintihanku...
PadaMu tempat ku menagih kasih,
ketenangan ku rasakan mendekatiMu...
syahdu malam tak terasa sunyi...


Tuhanku....
ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan...
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan...
lantas Kau membuka pintu hatiku...
untuk memberi kemaafan...
pada mereka yan pernah melupakan aku...


Tuhanku..
ketika aku buntu, Kau berikan aku kekuatan...
Kau tunjukkan aku jalan..
Kau tak biarkan aku sendirian...


Tuhanku...
yang maha pengasih..RahmatMU tak terkira...
syukurku melangit pun tak tercapai...
sungguh aku merasa berdosa kerana dulu aku sering lalai..
semoga penyesalanku Kau terima....


Thank you Allah for the blessing You have given....

Thursday, November 3, 2011

Hukum berinai

Assalamualaikum...





lately saya tengok banyak pengantin yg suka berinai corak2 ni... sy pun tk paham kenapa dan apa tujuannya... bagi sy, sy tk berapa suka sebab bukan nampak cantik tp serabut ada... ada jugak yg sy dengar haram hukumnya berinai corak2 ni... saya pun tk pasti.. jadi sy google tentang hukum berinai ni.. Selepas baca ni, sy memang  tak akan berinai corak2 ni..
                                                                     
                                                                  *
                                                                  *

Hukum Memakai Inai Bagi Wanita                                                             

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorg wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda Rasulullah S.A.W lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda . "Aku tidak tahu samaada ini tangan lelaki atau perempuan "  Perempuan itu menjawab " Aku adalah seoran wanita".  Baginda bersabda "sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakain henna (inai) dijarimu"  (hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa dan Baginda Rasulullah  SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang wanita dengan lelaki. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita yang dalam idah yang kematian suami.

Hukum Memakai Inai Bagi Pengantin Lelaki


Diharuskan sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum syarak namun, terdapat riwayat menyatakan :
- Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dihadapan Rasulullah, dikatakan kepada Rasulullah SAW " Wahai Rasulullah, lelaki ini cuba menyerupai wanita" ... lalu lelaki itu dihalau dari al-baq' (sebagai hukuman. dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai)... Lalu mereka bertanya kepada rasulullah s.a.w "kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda s.a.w bersabda " Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang" (diriwayatkan oleh Abu Dawud, Sahih Al-Jaami )

Hukum Melukis Inai Pada Kaki dan Tangan Bagi Pengantin Perempuan


Ada banyak pendapat. Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah megah. ada pendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hnbali : berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samaada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie : berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai inai pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya..walaubgaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu:
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai inai di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki :
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. Ini diriwayatkan daripada Khawiah binti Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah "janganlah memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian " (diriwayatkan oleh At-Tabbrani dalam Al-Kabir, Al-Baijaqi dalam Al-Ma'rifah dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)


Wallahualam