Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 12, 2012

kesan sebuah perceraian....

salam..
kita semua mesti tk mahu kan sebuah ikatan perkahwinan yg kita bina hancur di tengah jalan... ikatan yg dibina atas dasar cinta berakhir dengan sebuah perceraian... ia memberikan kesan yg amt dalam padi diri sendiri dan lebih2 lagi pada anak2.... tapi kita sebgai manusia hanya mampu merancang.. yg menentukan semuanya adalah Allah Taala....


penceraian adalah suatu mimpi ngeri bagi kehidupan pasangan suami isteri. Penceraian itu walaupun pada awalnya dianggap sebagai cara terakhir dalam menyelesaikan masalah, namun ia akan meninggalkan kesan dalam keruntuhan rumah tangga. Antaranya kesan keruntuhan rumah-tangga terhadap anak-anak . Antara yang terpenting, kurang kasih sayang terhadap anak-anak kerana kasih yang diberi oleh ibu atau bapa sahaja tidak sama dengan kasih dari kedua-duanya. Apatah lagi jika setelah bercerai anak-anak diserah kepada keluarga di kampung atau keluarga angkat untuk dipelihara, ini akan memberi kesan psikologi tambahan kepada anak-anak.
Kanak-kanak yang membesar dalam keadaan begini lebihterdedah kepada pengaruh keruntuhan moral. Dari segi pendidikan, mereka juga tidak mendapat pendidikan yang sempurna kerana perhatian yang diberikan kepada mereka adalah terbatas. Mereka juga akan merasa tersisih dari kanak-kanak lain kerana malu melihat keruntuhan keluarga dan ini akan memberi kesan kepada pergaulan harian mereka di dalam masyarakat.
Perasaan cemburu, marah dan pendendam lebih kuat menguasai mereka dari perasaan kasih sayang. Mereka akan meniti kehidupan yang terlalu mencabar berbanding dengan rakan-rakan mereka untuk berjaya di dalam kehidupan.

Sunday, October 28, 2012

gambar2 kenangan

tkde apa entry nk buat.. tkde idea.. just nk share gambar2 yg menjadi kenangan dlm hidup




kumpulan koir sekolah seri terentang











keguguran..

hmmm nk buat cmne kan.. sabtu lepas keguguran.. sehari gak dok hospital... tk mengapa.. boleh cuba lagi kan...

Thursday, October 18, 2012

9 weeks


aku ambik info ni dr baby center punya website.... dah masuk 9 minggu ni mulalah rasa mcm bengkak je rahim.. dlu ada spoting sket2, tp skg dah makin kurang.. alhamdulillah.... tadi pun bru balik dr jumpa pakar n bila scan heart beat ada.. cuma doktor caj kandungan aku berisko la sbb ada darah..... tp jadi perempuan ni memang sentiasa kena tebalkan muka tiap kali g klinik  atau hospital.... kalau scan dr perut tak nampak, doktor akan scan trans vagina.. tu yg malu tuh.. kena plak doktor lelaki.. ya ampunnnn..... dotor lelaki dah la muda, tk nikah lagi..... nak tanak terpaksa la...... ni bru mengandung, belum lagi tiba waktu nk bersalin....
sempat plak lagi aku borak2 dgn nurse tu... dia tau kot aku malu, siap borak2 dgn aku bg nk hilangkan sket rasa malu aku tuh.... itulah hakikat jadi perempuan.... tp mengandungkan benih suami kita, bila terasa janin tu ada dalam rahim kita, akan terasa lain sgt.... satu perasaan yg tk dapat nk gambarkan.. skg aku paham perasaan org22 mengandung.....

Perkembangan fetus - hamil 9 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia



Menjelang minggu kehamilan yang ke-10, anda mungkin merasakan yang anda sedang menaiki roller coaster emosi, kadang kala merasa serba tak kena dan pada masa lain merasa amat gembira. Walaupun ini mengganggu setengah wanita yang menganggapkan mereka cekap mengawal perasaan, apa yang anda lalui adalah normal dan mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan. Emosi turun-naik disebabkan hormon-hormon yang menyemarak. 

Di penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 0.9 inci / 2.3 sentimeter. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna. Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.


Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/9-minggu/#ixzz29eeS4vF9

Monday, October 8, 2012

macam2

pertama sekali jangan nk stalk2 aku kt fb ke atau blog aku.. haku tk suke....kalu tk suka aku jgn nk sibuk dok baca blog aku.. aku tk tulis utk ko pun!...

emo lebih la plak sejak preggy ni.... sejak preggy ni berat mula naik padahal baru masuk 2 bulan.. tk dapat nk bayangkan bila dah nak masuk ke bulan2 seterusnya.... kena plak aku tk kena alahan... yg kena suami aku.. sian dia, muntah2, pening2 loya2... aku steady je.. cuma kadang2 je terasa nk muntah, itupun sekali sekala....

tp yg pasti breast memang sakit sejak awal smpailah skg.... baca juga kat blog2 yg lain, mmg macamtu rupanya... aku preggy tp bleeding.... mula2 risau sgt smpai tkleh nk tido malam... lepas check up after check up bru puas hati lepas jumpa pakar betul, doktor tu ckp jandungan ok..... scan nampak heart beat dia.... tk sabar nk tgu kandungan membesar.... skg ni dah mula rasa selok nk shopping baju menangdung.... tapi berjaya jugak aku siapkan bju mengandung aku yg pertama..... tu pun tk tau smpai bpe bulan boleh pakai.... :P

memang betul cakap org saat yg paling indah bg seorg wanita adalah bila mengadung dan saat2 melahirkan... bersyukur kerana lahir sebagai seorg wanita....

Wednesday, October 3, 2012

Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]

setelah sekian lama hati aku kotor.... tp akubenar2 tersentak dan tersentuh mendengar lgu utk kekasihMu Ya Allah..... ampunilah dosaku yg selama ini leka dgn dunia... leka dgn kehidupqn yg hanya pinjaman.... sesungguhnya aku rindu utk brrtemu ya Rasulullah...