Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 6, 2014

Rindu Buatmu Abah...

Abah....

Rasanya bagaikan semalam baru meninggalkan kami...
Terlalu cepat rasanya abah pergi tinggalakan kami...
Belum puas lagi rasanya untuk kami membalas segala jasa jasamu Abah....

Kadangkala terasa seperti Abah masih ada lagi...
Namun kami perlu terima hakikat Abah sudah menemui penciptaNya..
Kerinduan ini sentiasa ada untukmu Abah....
Moga Abah tenang disana....

Moga Allah tempatkan arwah Abah dikalangan golongan yang Dia kasihi...
Moga Allah ampunkan semua dosa2 Abah...

Kami sentiasa mendoakanmu Abah....
Kami semua amat menyayangimu....

:(

Friday, August 8, 2014

selamat hari raya aidilfitri

Assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
Raya tahun ni raya paling hambar dan sedih dlm hidup aku dan seisi keluarga aku.. kami telah kehilangan ayah tercinta pada 2 syawal.. tapi kami semua redha dgn ketentuanNya...

Patutnya raya tahun ni aku beraya di kampung suami di jerantut sebab buat kenduri aqiqah anak aku raya ke 2 tu.. tp apakan daya takdir telah menentukan segalanya..

Takde lagi org nk bebel2 lepas ni.. tkde lagi org yg aku nk panggil ayah.. ye walaupun ayah aku garang sgt msa aku kecik2 dlu tp aku amat sayangkn dia..

Ya Allah kau ampunkanlah semua dosa2 ayah aku.. Kau tempatkanlah dia bersama golongan yg dikasihuMu.. Kau masukkanlah dia ke dalam syuga tanpa dihisab... aminnnn...


Masa aku darjah bape ntah xingat

Tuesday, April 1, 2014

ntah nak tajuk apa

Assalamualaikum semua....

tetiba ada mood nk update blog ni... nak cerita pasal apa ye??? ...
ikut suka la nak cite pasal apa kan.. dah nma pun blog ikit suka daaa... ngeeee

okeh baru2 ni aku ada sound jiran selang sebuah rumah aku.. xtau la samaada dia janda or anak dara sbb memandangkn pada usia dr segi fizikal la nampak mcm dah berumur... mana aku tk marahnya asyik bwk balik bf je.. bf dia pun mcm org dah tua.. tua renta tp masih tk reti base.. payah gini.. dr thun lepas dah buat halnya.. masa tu jiran lama aku ni budak2 student MATA dok ramai2.. umah tu selalu la bising.. jadi chances dia nk bwk balik bf dia tu kurang sket la.. ni jiran baru budak student mata jugak tp jenis diam n dok 2 org je.. apalgi mmg nampak sgtla ada  peluangnya kan...
Di pendekkan cite hari sabtu baru2 ni.. aku blik pekan kenduri kawan aku.. so jiran2 seme xdela kt umah.... aku smpai dr peka  dh malam... dlm pkl 8 lebih gitu.. balik2 je nampak dah keta pesona merah milik bf dia kt luar umah dia.. rumah bertutup rapat.. haaaa tp xburuk sangka tau.. aku xtuduh apa2.. cuma aku buka je pintu keta n nk buka gate umah aku tu sempat aku sound kuat2 mcm ni " ada jiran tau buat maksiat je... kalau dah rasa gatal sgt nikah jela ".. fuhh xsmpai 5 mnit aku sound trus aku dengar bf dia starr keta bla dr situ..

mana tk geramnya.. tiap2 hari dtg.. dgn ekzos bisingnya.. tk hormat langsung jiran2 sebelah.. awk tu duduk kwsan org berkeluarga... rumah teres.. sedarlah sikit klu nk bt maksiat bwk balik jantan sekalipun.. klu apartment ke org xnpk sgt.. mmg aku geram sgt.. tiap kali dia napak aku kt luar umah tgh menyapu sampah ke, langsung x angkat muka ni pandang aku.. trus je meluru masuk umah.. sbb tu org kata biar muka x cantik janji perangai molek.. ini dahla muka tu xcantik perangai pulak tk molek.. hurmmm ntahla.... kedepan ni tgk ajela berani lgi ke tak dia bawk balik.. tp lepas aku sound hri sabtu tu smpai hrini xde nmapak plak jantan tu dtg..

hehehe sekian...


Wednesday, March 12, 2014

Biar gambar berbicara

Salam semua...

saje nk tepek gmbar2 kenangan.. mlas nk menaip.. tp still nk update blog jugak..

Raya tahun 2010


Raya 2010 adik beradik




























Friday, February 21, 2014

Keadaan Mayat Di dalam Kubur


Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.


*malam Pertama*
Di kuburan pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna saja.


*malam Kedua*
Di kuburan, mulailah ahli-ahli badan mayat seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.


*hari Ketiga*
Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.


*seminggu Setelah itu*
Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.


*Setelah 10 hari*
Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, perut, limpa ..


*Setelah 2 Minggu*
Rambut mulai gugur


*Setelah 15 Hari*
Lalat hijau akan mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya


*Setelah 6 Bulan*
Yang tersisa hanya rangka tulang saja.


*Setelah 25 Tahun*
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.


Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.