Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 15, 2011

hantu kopek


cerita pasal hantu kopek ni mesti ingat masa kanak2 kn... kalu main waktu senja je mesti mak cakap nanti kena sorok dek hantu kopek.. memang takut sgt masa kecik dulu... benda suka main sorok2 ... selalu la org tua2 cite kalu kena tangkap dgn hantu kopek ni nnti dia sorok bawah kopek dia yg panjang tu, lpas tu bgi kita makan mee yang sebenarnya cacing... ntah wujud tidak hantu kopek ni... yg aku tau zaman sekarang ni memang ramai hantu kopek.... tapi hantu kopek zaman skg ni dh moden, tak takut kat matahari dan tak takut kat api.. sebab ramai keluar pada siang2 hari.... huahuahauahuahau


Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib dan malam-malam, dengan cara menyembunyikan mereka di bawah kopek (buah dada) mereka.
Hantu kopek dikatakan berkeliaran di kawasan perkampungan dan akan menyorok kanak-kanak yang merayau-rayau pada waktu senja. Mereka yang disorok oleh hantu kopek, biasanya mampu melihat mereka yang mencari tetapi tidak mampu berkomunikasi dengan pencari.

Penelitian secara ilmiah

Hantu kopek ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak berkeliaran di waktu senja. Ini disebabkan pada masa dahulu, keadaan gelap senja amat merbahaya kerana haiwan buas mungkin memasuki kawasan perkampungan atau kanak-kanak yang berkaki ayam mungkin akan terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam kegelapan malam. Selain itu terdapat juga ancaman binatang buas seperti harimau yang mungkin memasuki kampung dipinggir hutan. Dengan itu hantu kopek dicipta bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut

No comments: