Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 13, 2011

SERU 2011



Sinopsis Filem Seru

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran. Semasa penggambaran berlangsung, terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, diikuti oleh jurumekap (Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri.

Juru kemera Sham dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan penggambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit (Lina) mengarahkan agar Sari dibawa mendapatkan rawatan di hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua siri pembunuhan itu adalah disebabkan oleh sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Dan krew yang terlibat dalam penggambaran tersebut, terutamnaya Sari digunakan sebagai alat untuk mendapatkan kembali anak dan cucu


No comments: