Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 21, 2011

Demam Denggi

nak kata aku demam denggi atau bukan, aku pun tk sure.. tp aku demam tiba2 je mengejut... siang hari molek je aku g megamall jalan2 balik ke umah, trus aku demam memnggigil tk boleh bangun... seminggu pulak tu.. seminggu tk makan... hasilnya dr sakit yg aku dpt, berat badan aku turun... huh kena maintain ni.. kemain susah nk dpt turun berat badan... kalau sebulan aku demam, jawabnya tinggal rangka la.... sebenarnya aku pun tak tau sgt apa itu denggi... tp smpai skg ni badan aku ttp ada bintik2 merah, g hospital doktor ckp bukan denggi.. ntah aku harap mmg bukan.. tp seksa bukan... sakit sendi Ya Rabbi... pinggang aku rasa nk patah... smpai la skg ni, aku nk berjalan pun sakit2 lagi kaki n betis aku ni... aku rasa nk selitkan sikit info pasal denggi kt sini yg telah aku google...


 
DEMAM DENGGI
Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

No comments: