Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 21, 2012

Andainya Rasulullah S.A.W Masih Ada…

Andainya ketika ini Rasulullah S.A.W ada bersama kita....

Tiba-tiba pintu rumah kita diketuk dan bagindalah yang sedang berdiri di luar, di ucapkan salam pembuka bicara.. hati tiba2 terasa malu memikirkan Rasulullah s.a.w akan masuk ke rumah kita.. sedangkan kita hanya berseluar pendek, kalau ada seluar panjang pun, itupun seluar jeans yang kita beli.. kain pelikat pun hanya ada satu..itupun basah dijemuran..bagi perempuan, kita hanya berbaju ketat.. terasa ingin mencari kembali tudung yang entah dimana letaknya.. kita semakin gelabah.. hendak dibuka pintu, itu Nabi s.a.w.. takkan kita hendak keluarmeyambut baginda dgn pakaian sebegitu.. ah mustahil! bayangkan ketika itu, Rasulullah s.a.w mengetuk pintu lagi.. di ucapkan salam buat kali kedua.. kita semakin resah dgn rak buku yang hanya padat dgn majalah hiburan, yg menampilkan gambar2 artis yg tidak cukup pakaian.. tida padanya majalah dan buku2 ilmiah mendidik iman... lalu kita teringatkan Al-quran yg dihadiahkan oleh ayah sewaktu berangkat dari kampung halaman... ah dimana letaknya pun tidak ingat, dimana kita letakkan lantaran kita hanya membacanya sekali sekala... terpandang pula kita akan koleksi Cd hiburan yg bertaburan di ruang tamu yg menjadi tontonan kita saban waktu.... aduh... bagaimana kita menjemput Nabi s.a.w masuk dalam kekalutan seperti itu...adakah kita akan membuka pintu utk baginda atau hanya berdiam diri.. malu? lalu membiarkan Rasulullah s.a.w berdiri lama dan mengucapkan salam yg tidak berbalas... kita masih lagi terpaku.. malunya diri yang selama ini tidak hidup berlandaskan al-Quran.. lalu akhirnya kita tergamak membiarkan Rasulullah s.a.w pulang tanpa jawapan....

Andainya Rasulullah S.A.W masih ada....
sedang di perjalanan bersama kekasih tersayang, tangan berjabat mesra mengkhayalkan dunia seolah-olah dalam genggaman.. jalan beriringan memadu kasih.. lalu duduk berdua-duaan dan makan bersuapan.. tiba2 Rasulullah s.a.w datang berjalan ke arah kita memerhatikan.. terasa malu yg menebal dalam diri.. tangan yg berpegang erat terlepas pantans.. wajah memucat tanda ketakutan dan malu yg amat sangat... kalaulah ketika itu, ditoreh belati yg tajam sekalipun, pastilah pipi takkan berdarah.. Rasulullah s.a.w semakin mendekat.. alangkah malunya kita.. kita berpura-pura tidak mengenali siapa insan disebelah kita.. terasa kaki ingin lari menyembunyikan perasaan malu yg amat sangat.. barulah ketika itu kita teringatkan akhirat...ingin rasanya menangis mengenangdosa dan berrtaubat... tetapi aadakah kita bisa berlari ketika itu atau menyambut kedatangan Rasul pemimpin umat dgn wajah tersenyum kelat.. malu bertandang ke dalam hati.. ingin rasanya menyambut nabi S.A.W tetapi apa pula yg akan dijawab jika baginda bertanya siapa si dia yg sedang bersama?... adakah kita tetap akan berdiri menyembunyi kekalutan baginda s.a.w keseorangan hanya kerana mengikut syaitan....

Andainya Rasulullah s.a.w masih ada....
betapa sedihnya hati Baginda s.a.w melihat kita yg terleka dgn dunia.. ke mana perginya dua warisan yg amat berharga yg telah baginda tinggalkan sejak sekian lama dgn jerih payah dan onak duri utk mempertahankan agama dan umatnya.. namun manusia hanyalah hidup bertuhankan dunia... Al-Quran dan sunnah tidak kita abadikan sebagai pedoman...tetapi hanya indah sebagai hiasan.... fikir-fikirkanlah ANDAINYA RASULULLAH MASIH ADA......

wallahualam..

No comments: