Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 20, 2014

Kematian Yang Pasti Menunggu


Kematian Yang Pasti Menunggu...

Bila sebut pasal kematian pasti semua berasa takut.. tapi dah bersediakah kita semua menghadpi kematian? Semua org tahu kematian itu pasti pada setiap yang bernyawa.. Sesungguhnya aku sendiri memang sanat takut untuk menghadapai kematian.

Aku selalu berfikir sejak apakah akan terjadi pada aku setelah aku mati nanti? Adakah org ak mengirimkan doa untukku? Adakah org akan mengingatiku lagi setelah aku mati? Adakah cukup amalanku untuk menjadi bekalan di sana? Adakah aku bersedia untuk menjawab segala pertanyaan mungkar dan nakir? Apakah akan terjadi kepada anak, suami, serta waris2 ku setelah kematian aku?

Itulah persoalan yg sering bermain difikiran aku. Sesungguhnya memang aku takut mati kerana amalanku masih tidak mencukupi.. kerana dosa2 aku yg sebanyak air dibumi ini.. semoga aku sempat bertaubat sebelum ajal mwnjemputku.. semoga Dia menerima segala taubatku..

YA Allah kau ambillah aku kembali setelah aku sempat bertaubat kepadaMu.. Kau ambillah aku kembali setelah Kau benar2 menerima taubatku.. Kau ambillah aku kembali setelah aku berjaya mendidik anak anakku menjadi insan yang kamil, yang berjuang dan berjihad ke jalanMu.. yang Engkau sentiasa redhai... Kau ambillah aku kembali setelah anak anakku benar-benar menajdi anak yg soleh dan solehah yg akan menjadi harta di akhirat kelak...

Di sini ku pohon jutaan kemaafan dr semua yg mengenaliku... maaf atas segala salah dan silaku.. keterlanjuranku.. kata kata dan tingkahlaku aku yg mana menyakiti di antara kamu semua... kerana aku tdak aku bila Tuhan akan menjemputku....

wassalam...
bungazlinawati

No comments: