Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 21, 2014

Keadaan Mayat Di dalam Kubur


Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.


*malam Pertama*
Di kuburan pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna saja.


*malam Kedua*
Di kuburan, mulailah ahli-ahli badan mayat seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.


*hari Ketiga*
Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.


*seminggu Setelah itu*
Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.


*Setelah 10 hari*
Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, perut, limpa ..


*Setelah 2 Minggu*
Rambut mulai gugur


*Setelah 15 Hari*
Lalat hijau akan mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya


*Setelah 6 Bulan*
Yang tersisa hanya rangka tulang saja.


*Setelah 25 Tahun*
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.


Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.

Thursday, February 20, 2014

Kematian Yang Pasti Menunggu


Kematian Yang Pasti Menunggu...

Bila sebut pasal kematian pasti semua berasa takut.. tapi dah bersediakah kita semua menghadpi kematian? Semua org tahu kematian itu pasti pada setiap yang bernyawa.. Sesungguhnya aku sendiri memang sanat takut untuk menghadapai kematian.

Aku selalu berfikir sejak apakah akan terjadi pada aku setelah aku mati nanti? Adakah org ak mengirimkan doa untukku? Adakah org akan mengingatiku lagi setelah aku mati? Adakah cukup amalanku untuk menjadi bekalan di sana? Adakah aku bersedia untuk menjawab segala pertanyaan mungkar dan nakir? Apakah akan terjadi kepada anak, suami, serta waris2 ku setelah kematian aku?

Itulah persoalan yg sering bermain difikiran aku. Sesungguhnya memang aku takut mati kerana amalanku masih tidak mencukupi.. kerana dosa2 aku yg sebanyak air dibumi ini.. semoga aku sempat bertaubat sebelum ajal mwnjemputku.. semoga Dia menerima segala taubatku..

YA Allah kau ambillah aku kembali setelah aku sempat bertaubat kepadaMu.. Kau ambillah aku kembali setelah Kau benar2 menerima taubatku.. Kau ambillah aku kembali setelah aku berjaya mendidik anak anakku menjadi insan yang kamil, yang berjuang dan berjihad ke jalanMu.. yang Engkau sentiasa redhai... Kau ambillah aku kembali setelah anak anakku benar-benar menajdi anak yg soleh dan solehah yg akan menjadi harta di akhirat kelak...

Di sini ku pohon jutaan kemaafan dr semua yg mengenaliku... maaf atas segala salah dan silaku.. keterlanjuranku.. kata kata dan tingkahlaku aku yg mana menyakiti di antara kamu semua... kerana aku tdak aku bila Tuhan akan menjemputku....

wassalam...
bungazlinawati

Saturday, February 15, 2014

Menjadi seorg ibu detik yg terindah...

Assalamualaikum wbt...

Mmg agak lama tak update blog ji.. bz menjalani kehidupan.. alhamdulillah sy telah selamat melahirkan seorg puteri pada 13 december 2013 pada jam 2.58 a.m ...
syukur yg tak terhingga pada yg Esa kerana telah memberi peluang untuk saya menjadi seorg ibu dan melengkapkan hidup sy sebagai seorg isteri dan wanita...

Sy nk kongaikn pengalaman sy sejak dr mengandung smpailah bersalin... saya sendiri tak sangka akan bersalin awal pada usia kandungan 33 minggu iaitu 8 bulan...nk buat cmne dah perjanjian baby dgn Allah nk keluar dah kan...

Seminggu before sy bersalin tu, sy dah start bleeding... masa tu mmg xde rasa sakit apa pun.. pagi tu mcm biasa check up pregnan every 2 weeks kan... smpai je rumah lepas zohor masa nk ke toilet dah rasa lain macam... check2 ada darah.. fobia gila sebab sebelum ni pernah gugur... jadi mmg takut hanya Allah yg tahu... apa lgi trus call ika ajak teman g klinik sbb dh rasa cuak nk drive sdiri.. smpai je klinik alfarabi doktor situ terus bg surat refer kena g hospital besar... mmg masa tu benci betul nk g hospital sbb dah tau akan lmbat sbb ramai org..

jadi nak taknak ika bwklah g hospital besar.. kena refer kt wad bersalin risiko rendah.. check2 doktor tahan wad 3 hari... masa tu 32 minggu.. duduk dlm wad tu, kena plak cucuk 2 kali dgn punggung katanya ubat kuatkn paru2 baby.. dia punya sakit usah ckplah.. kebas seluruh punggung.. tp mujur alhamdulillah nurse2 kt wad tu baik2 belaka..

Lepas seminggu tu ingtkan xde apa dh lepas keluar wad.. smpailah hari khamis pagi tu 12 dec, keluar air ketuban.. punyalah bengap tak tau tu air ketuban.. yela kan first baby mna tau apa2 xde pengalaman... dr pagi keluar air tu, tghari bru pergi klinik DMMC kt sg soi.. ingtkn nk bersalin kt situ.. tp ditendang jugak ke hospital sebab berisiko...

Sampai hospital dh dlm pkl 2 lebih gitu.. ada aorg nurse kt situ mulut mmg mcm bangkai biawak.. nk marah2 plak.. aku ckplah bukannya aku tau tu air ketuban.. nk bebel2.. kalau ikutk  hati nk je rasa pijak2 mulut nurse tu.. tp dh xde apa nk pikir masa tu malas nk bertekak.. maka aku buat skill buat bodo jela.. duduk kt seat smtara tgu giliran tu, kain yg aku pkai tu berjeruk dah basah... aku panggil doktor kt situ sbb dh mula rasa risau... tetiba dah start ada rasa contraction.. aku dh cuak.. doktor trus pangfil aku utk check.. check punya check doktor tu ckp jalan dh buka 3cm... Apalgi serta merta aku trus kena htr ke bilik bersalin...

aku ni dh cuak xtau nk bt apa.. gabranya.. suami aku lak uruskn semua.. aku dh tak tau apa terjadi masa tu.. masa tu kira2 pkl 5 ptg dah... masuk dlm dewan bersalin, aku dok rilex je la.. sakit makin menjadi2 plak every setengah jam mulanya.. lama kelamaan makin kuat.. dah pkl 8 mlm tp laluan aku bru buka 4cm.. aku ni dgn nk kencingnya... sabar jela bila nurse xbg pergi toilet utk kencing.. dia suruh kencing dlm bekas smbil baring.. oh my... nk buat guane gitulah rupanya yg dialami oleh org2 nk bersalin.. masa tu barulah aku tau dan berbisik ke diri sendiri.. oh mcm ni rupanya situasi nk beranak..

dh pkl 10 mlm sakit makin kuat setiap 10 minit skali.. aku dh tak tahan.. lepas tu ntah nurse tu ckp dia cucuk utk than sakit.. aku ni iyekan aje sbb dh tk tahan... jadi kesan ubat ty buat aku mengantuk.. aku tertido smpailah pkul 2 lebih masa tu aku terjaga sebab aku rasa mcm benda jatuh.. mmg rasa baby dh nk.keluar.. aku panggil nurse dlm keadaan yg mamai mengantuk tu.. nurse check ckp laluan dah buka penuh.. terus panggil suami suruh teman bersalin.. Ya Allah mmg sakit bersalin ni hanya org perempuan je yg tahu mcmana.. alhamdulillah setelah lalui sakit bertemankn suami disisi tepat jam 2.58 lahirlah anak pertama sy.. baby girl.. tp disebabkn tk cukup bulan dia ditahan dlm NICU ... sy hanya sempat tengok dia dlm beberapa saat je masa tu...

Lepas settle semua urusan kt dewan bedah, pagi tu sy dipindahka  ke wad biasa... mmg sedih bila duduk kt wad org lain seme ada anak kt sisi tp kita xde.. nk buat cmne... sy hanya mampu tido je masa tu akibat dr kesan ubat mlmnya...

akhirnya dlm tengahari after doktor check up sy boleh discharge ... keluar je wad trus pergi tengok baby kt NICU.. baby terpaksa guna tiub oksigen sebab paru2 dia tk matang lagi.. first time tgk dia berselirat dgn wayar n tiub kt hidung tu, mmg macam air terjun air mata ni mengalir.. sebaknya hati hanya tuhan yg tahu...

Tapi selepas 3 minngu dlm nicu alhamdulillah akhirnya baby boleh bawak balik... kena jugak duduk dlm wad SCN tu 4 hari.. dari situ berkenalan dgn ibu2 lain yg dh ada pengalaman.. bagus jugak sbb dpt kutip pengalaman  diorg sikit2... akhirnya Nur IzAh Insyirah binti Muhammad Norashraq boleh di bawa balik rumah pada 7 januari 2014... syukur alhamdulillah...

Dan sekarang alhamdulillah baby makin sihat... syukur pada Alkah atas segalanya.. diatas segala kepayahan dan rintangan ada hikmah diatas segalanya...







Sunday, October 13, 2013


alhamdulillah dah masuk 25 minggu.. baby pun sangat aktif... sampai kadang2 malam tk dapat tido...

Your baby now weighs nearly 660g and is about 35cm long from crown to heel. He's beginning to exchange his long, lean look for some baby fat. As he does, his wrinkled skin will begin to smooth out and he'll start to look more like a newborn. His senses are becoming more sophisticated, too. At 26 weeks, fetal brain scans show response to touch. If you shine a light on your belly, your baby will turn his head, which means his optic nerve is working. 



Wednesday, July 31, 2013

sekadar perkongsian...

assalamualaikum...

apa yg aku nk cite ni harap takde menyakitkan hati sesiap.. aku cuma nk berkongsi kisah suka duka aku yg aku laului selama ni tk de niat tuntuk menganjing pada sesiapa pun...
ye memang dr muda aku nakal.. tp itu tk beerti untuk menghukum aku atas apa yg aku lakukan.. rezeki, jodoh semua ketentuan Tuahn.. a;ahamdulillah walau jahat mana sekalipun aku masa silam aku, Tuhan tetap bg aku rezeki untu aku dapatkan anak.. ya... syukur alhamdulillah... pada yg mengata aku tu alhamdulillah.... teima kasih kerana memberi aku motivasi untuk terus majukan diri.. sekurangnya ada juga zuriat untuk suami aku.

selama aku bernikah 28 april 2012, aku tk pernah putus asa untuk berusaha untuk mendapatkan zuriat.. kerana faktor usia aku tahu mmg susah... akhirnya selama 4 bulan menunggu aku disahkan hamil.. memang aku gembira sangat... tapi rezeki tk menyebelahi aku.. dari awal kandungan lagi aku dah bleeding.. puncanya aku tk tahu.. tp mungkin kerana rahim aku tk kuat masa tu.. aku pasrah dan redha.. hati siap tk sedih.. aku dh mengecewakan suami aku.. mungkin ada yang gembira dengan keguguran aku.. alhamdulillah sekali lagi... aku gugur pada 19 oktober 2012...  sejak dri haritu aku tk berhenti berusaha untuk terus mengandung.. aku amalkan zikir, makan ubat hormon dan sebagainya.... aku berubat kampung...

lepas aku gugur bulan oktober tu, 2 bulan aku tak datang period, aku pergi berurut, rupanya saluran aku tersumbat.. terima kasih pada makcik jarah yg duduk kat chendering kuantan yg mengurut aku tu.. aku usaha lagi.. mmg kadang2 rasa nk putus asa. tambahan pula suami aku macam sedih atas keguguran aku.. ya aku stress.. aku tk cite pada sesiap.. kerana hati aku biarlah aku sendiri yg tahu... aku usaha lagi.. aku minta duit dr suami aku untuk beli ubat kesuburan, dupasthon.. aku makan pada bulan febuari 2013, aku tunggu sampailah ke bulan april, aku period jugak.. memang sedih...  tapi akhirnya berkat kesabaran dan usaha serta doa dan zikir aku yg tak putus2, Allah bg juga aku rezeki... pada awalnya aku lewat period 2 hari aku check.. aku masih negatif.. tapi aku tunggu hingga 1 jun baru aku check smula... alhamdulillah aku disahkan hamil.. siapa yg tk gembira???

waktu tu suami aku takde kat sisi aku, dia kt kedah bekerja... aku telefon suami aku bagitau berita gembira ni... dan dalam masa yg masa, bapak mertua aku dapat mimpi yg aku mengandung.. memang besar kuasa Tuhan tu, masa tu dia kat India mmg kami tk bereluang nk bgtau dia.. tp Allah maha kaya... satu berita gembira buat suami dan bapa mertua aku.. Syukur yg tak terhingga...
sebelum aku tahu aku mengandung, ye aku bernazar.. jika aku disahkan hamil, aku akan berpuasa 3 hari berturut2.. alhamdulillah.... aku tunaikan nazar aku keesokan harinya setelah aku tau aku hamil... aku sering berdoa moga Tuhan berikan zuriat pada suami aku, cucu untuk mertua aku... cucu untuk ibu bapa aku.. kalaupun menggadai nyawaku sekali aku sanggup...

kini usuia kandungan aku dah nk masuk 4 bulan.. syukur alhamdulillah.. pada ahad lepas 28 julai, tetiba aku bleeding sikit.. hati aku memang risau sangat.. sape yg tk risau sebab pernah gugur sebelum ni.. aku tak mahu agi mengecewakan suami aku.. aku tak sanggup lagi.. kami bukannya muda lagi untuk terus menunggu... aku ke klinik di temani oleh ika.. sepatutnya malam tu kitorg pergi beli kain untuk buat baju raya.. kesian ika, tapi dia sanggup temankan aku g klinik..lahamdulillah doktor yg check aku tu ckp tkde apa2.. kandungan aku ok... baby pun aktif.. lega hati aku.. bila tengok babay dlm perut aktif, menitis air mata didalam hati aku.. syukur padamu ya Allah... atas kurniaan yg tak terhingga.. mungkin orang takkan rasa apa yang aku rasa sebab tk berada ditempat aku.. tapi cubalah mengerti perasaan aku... aku hanya berkongsi kegembiraan aku.. jika itu salah maafkan aku.. aku hanya manusia biasa yg tak lari dari melakukan kesilapan...

pada mu Ya Allah, panjangkanlah usia suami ku,  mak dan ayahku, ibu bapa mertua ku semoga mereka sempat melihat anak ku lahir ke dunia ini ya Allah...

pada anda semua yg mengerti jutaan terima kasih aku ucapkan...

wassalam

Friday, July 19, 2013

salam ramadhan kareem

assalamualaikum...
lama dh tk update blog... selamat berpuasa buat semua...kesihatn amat merundum kebelakangan ni.. lagipun tk ada cerita menarik nk dikongsikan bersama..

oklah kali ni sy nk kongsikan pengalaman sy mengandung...
pada bulan 3 lepas seperti biasa period sy regular datang, biasanya pada hujung bulan dlm 26 hb gitu.. tp bulan 4 bukan main awal datang.. 20hb dh datang.. keluar darah hanya 3 hari... sy ingtkan perubahan hormon pada awalnya sebab mungkin efek pengambilan ubat kesuburan + dupasthon dan folic asic.. tunggu punya tunggu smpailah bulan 5 kira2 3 hari lewat datang period masa tu 23hb sy test urine, mmg tk nampak  pun positif.. mula2 agak kecewa n hampa... tapi sy tunggu lagi smpai awal bulan 6.. period still tak datang.. lastly pada 1hb 6 sekali lagi sy check urine, alhamdulillah positif.. punyalah suka.. syukur alhamdulillah.. selepas 6 buln lebih keguguran baru lekat semula...

pada bulan pertama kehamilan sy ingat tkde la kena morning sickness.. tapi bila kandungan masuk je 8 minggu dh mula start muntah2, loya2 n pening2 kepala... ada sampai satu masa sy tk boleh makan apa2 langsung.. apa yg saya makan semua sy muntahkan semua.. satu hari tu hanya minum air je.. punyalah lembik badan tk boleh bangun.. tido jela kejenya.. kadang2 tu bukan bersungut atau mengeluh yela kena plak bulan puasa ni lagilah letih rasa badan... dengan perut yg mengembung penuh dgn angin.. sy plak kena kentut tk lawas.. memang seksa.. sendawa je boleh tapi tk boleh kentut.. angin plak byk dalam badan...
tapi syukur alhamdulillah skg ni kandungan dan nak masuk 13 minggu... semakin kurang loya2.. muntah pun cuma kadang2 sekali sehari je berbanding bulan ke 2 dlu tiap kali makan mesti muntah.. cuma skg ni masuk fasa sakit2 kepala je...perut still kembung macam biasa...

oklah semua.. cukup setakat ni dlu.. nk ke bazar ramadhan beli lauk.. memasak boleh dh sekarang ni, cuma still alah pada bau minyak wangi, asap rokok, dan bau menumis...

syukur Ya Allah kerana bagi aku peluang untuk merasa kehamilan dan melengkapi aku sebagai seorg wanita.. Semoga anak yg aku kandungkan ini sihat, lahir dengan selamat.. menjadi insan yg kamil, beriman, yg patuh pada Mu ya Allah, RAsul Mu...

sekian semua.. salam ramadhan... jumpa lagi..

scan masa 11 minggu

Thursday, April 11, 2013

ingat mati..

Ya Allah, sesungguhnya waktu aku menulis ni mmg menjalar dalam hati aku takut sangat rasa kematian... ya Allah kekalknlah rasa ketakutan aku ini moga aku tk terus alpa dengan keduniaan....

Aku memang cukup takut dengan kegelapan dan tempat sempit. Memikirkan di dalam liang lahad nanti tempatnya sempit dan gelap aku menjadi sangat takut ya Allah. Demi Allah aku takut. Bagaimana akan aku hadapi nanti. Bagaimana sakaratulmaut aku nanti dan bagaimana seksaan kubur yang akan aku alami. Ya Allah ampunkanlah dosa aku. Aku takut memikirkan dosa2 yang telah aku lakukan. Aku sangat takut. Aku taknak mati dalam kesesatan. Aku taknak mati dalam keadaan yg penuh dengan dosa. Sesunguhnya kita sebagai mansia kadangkala tidak sedar dosa2 yg sedang kita lakukan.

Aku takut ya Allah. Aku hanya mampu luahkan disini. Di atas sejadah sujud kepadaMu. Aku mohon ya Allah lindungilah aku, suami aku, keluarga aku, sahabat aku dan semua muslimin muslimat dari api nerakaMu. Ya Allah kekalkanlah rasa kesedaran dan insaf dlam hati aku ni sehingga aku menemui Mu nanti.

Tanpa kita sedar banyak dosa2 kecil yg kita lakukan. Seperti aku juga, setiap hari banyak dosa yg aku lakukan. Dosa aurat byk sangat. Kadang2 kita lupa, kita memang dah pakai tudung, baju kurung, tapi kita tak sedar yg aurat kita masih tk tertutup dgn sempurna. Kaki tk pakai stokin@sarung kaki. Dah elok  bertutup semua pulak, baju kita pulak ketat. Semua ni peringatan untuk diri aku. Biarlah orang nak cakap kita old fashion ke apa, yg penting nawaitu kita dan redha Mu Allah. Ya Allah moga aku terus menutup aurat aku dengan sempurna selepas ini dgn izin dan rahmatMu. Memikirkannya aku jadi sangat takut. Lebih2 lagi bila aku memikirkan alam kubur. Ya Allah aku memang takut sangat memikirkan alam kuburMu ya Allah.

Aku mengambil kesempatan disini untuk memohon ampun dan maaf pada semua yg telah aku sakiti... Aku sebagai manusia biasa yg takkan pernah lari dari melakukan kesilapan.

Wassalam.