Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 3, 2011

Hukum berinai

Assalamualaikum...





lately saya tengok banyak pengantin yg suka berinai corak2 ni... sy pun tk paham kenapa dan apa tujuannya... bagi sy, sy tk berapa suka sebab bukan nampak cantik tp serabut ada... ada jugak yg sy dengar haram hukumnya berinai corak2 ni... saya pun tk pasti.. jadi sy google tentang hukum berinai ni.. Selepas baca ni, sy memang  tak akan berinai corak2 ni..
                                                                     
                                                                  *
                                                                  *

Hukum Memakai Inai Bagi Wanita                                                             

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorg wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda Rasulullah S.A.W lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda . "Aku tidak tahu samaada ini tangan lelaki atau perempuan "  Perempuan itu menjawab " Aku adalah seoran wanita".  Baginda bersabda "sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakain henna (inai) dijarimu"  (hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa dan Baginda Rasulullah  SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang wanita dengan lelaki. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita yang dalam idah yang kematian suami.

Hukum Memakai Inai Bagi Pengantin Lelaki


Diharuskan sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum syarak namun, terdapat riwayat menyatakan :
- Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dihadapan Rasulullah, dikatakan kepada Rasulullah SAW " Wahai Rasulullah, lelaki ini cuba menyerupai wanita" ... lalu lelaki itu dihalau dari al-baq' (sebagai hukuman. dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai)... Lalu mereka bertanya kepada rasulullah s.a.w "kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda s.a.w bersabda " Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang" (diriwayatkan oleh Abu Dawud, Sahih Al-Jaami )

Hukum Melukis Inai Pada Kaki dan Tangan Bagi Pengantin Perempuan


Ada banyak pendapat. Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah megah. ada pendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hnbali : berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samaada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie : berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai inai pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya..walaubgaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu:
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai inai di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki :
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. Ini diriwayatkan daripada Khawiah binti Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah "janganlah memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian " (diriwayatkan oleh At-Tabbrani dalam Al-Kabir, Al-Baijaqi dalam Al-Ma'rifah dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)


Wallahualam



No comments: