Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 10, 2011

assalamualaikum...

 sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit pendapat terhadap realiti kehidupan sekarang ni. Rata-rata apa yang sy lihat, tak kira lapisan umur semua ada akaun Facebook kan :). Dari kanak2 sampailah ke warga emas.. itulah panahan Facebook.. Sebenarnya main facebook ni ada baik dan buruknya.. kadang2 ada sesetengah yang terlalu leka sampai menimbulkan pergaduhan antara kawan2, rumahtangga etc...
dlm 2 atau 3 bulan lepas saya ada tengok drama yang pasal si isteri selok sakai main fb sampai curang pada suami.. nauzubillah... itulah salah satu yg bahaya dlm fb ni..
ni ha link cite tu bg sape2 yang rasa nk tengok... ambil iktibar dan buat pengajaran http://www.youtube.com/watch?v=oNOZ03UWXmc .....

Walaupun sy masih belum berumahtangga tapi sy rasa sebagai peringatan buat diri saya sendiri juga, ingatlah siapa diri kita.. Bagi para2 isteri jagalah tingkah laku anda, maruah anda kerana setiap apa yang anda lakukan dosa anda suami anda yang tanggung.. Bagi suami pula, janganlah berbangga bila isteri tayang body sana sini.. baliklah ke hujun pangkal, masih belum terlewat untuk kita semua sedar dan bertaubat...wallahualam

sekadar renungan

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

Sunday, October 9, 2011

KejadiAn di Tmn GelOra

ini masa perhimpunan hijau tadi... masa kitorg ni tengah sedap2 berborak dan sibuk amik gambar dgn karikatur rosmah dan najib tu, tetiba ada sorg indian guy pandang aku dn semua muslimat mcm tk puas hati gila.. aku rasa mata2 la.. pehal nk selok amik gmbor kitorang.. kitorg sedap2 bergambor, dia plak curi2 snap gmbar kiotg.. tk paham aku.. ntah2 masuk dlm WANTED list esok muka aku ni... kuar plak kat paper, wanita pembangkang bla bla bla.. adeh... senak gitu...
boleh kata dia ni asyik ambik je gambor kitorg.. kalu dgn kamera tkpe la jugak, tp dgn henset,.. aku rasa mmg sah dah polis tu.. tp aku nk takut apa, aku tk buat salah apa pun.. cuma masa selok2 bergambor dgn gmbar nihttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=2248154455528&set=a.2248149015392.116004.1598193099&type=3&theater , aku terlepas ckp ngape semua rog tanak pegang karikatur rosmah tu.. aku trcakap rosmah tu puaka... apa lagi dat indian guy bulat mcm belon pandang aku.. abis la aku

Himpunan Hija u109 kat tmn gelora kuantan

fuh alhamdulillah selesai sudah...
baru je sampai kt rumah dari tmn gelora... memang ramai yang datang dan join perhimpuanan ni... polis pun tk kurang ramainya...
aku smpai sana seawal jam 6.20 lebih kurang tp org dah berkoyan2 kt sana... majoritinya kaum cina... tapi aku salute sebab semua bersatu hati... jgn pulak nnti aku ada dengar org cakap org cina peralatkan org melayu yek... kalu rasa nk kena penampar dgn selipar jepun silalah cakap ye!!!
sikit sebanyak gambar aku upload kt sini, selebihnya kat https://www.facebook.com/azlinawati.abdullah....


tangan aku dan kak zai tu

sedap sembang dgn akak tu tetiba je kna snap gmbor


tabik spring kat orang asal

Saturday, October 8, 2011

Anda dan Facebook

maaf di pohon dulu sebelum sy meneruskan menaip baris2 perkataan ye...
cuba tnya diri kita sendiri, apa sebenarnya tujuan kita bermain FB ni? mcm sy sy bujang lagi, saya akuilah kadang2 tu terselih jugak rasa nk intai2 anak muda mana tau ada jodoh sangkut dlm fb kan.. tp harap dpt yang berimanlah hendaknya...
maaf ckp la, sbb ada yg sy tengok kadang tu si isteri ni terlalu galok sgt main fb... bukan kawan2 sy, tp ada la tgk dari komen2... dlm erti kata lain gedik.. kadang tu ada jugak nampak suaminya mcm warak, tp si isteri bukan main lagi main fb, gedik semacam je.. alahai... jgnlah smpai FB mempengaruhi hidup anda ye

Dan Jika Esok.....


angin masih berhembus
menari
menyulam
lalu bersuara
tentang titis titis gerimis
tentang ombak yang tiada pernah jemu
tentang suara dari laut
yang bercelaru

sesekali
desir ombak
bersuara lantang
apa lah yang ada pada beting
apa lah yang ada pada pepasir
hanya sesekali
ombak menderu
yang terdengar
sayu sayu meninggalkan pantai
mungkin esok atau lusa
ombak itu datang lagi
membawa cebis cebis doa
buat nelayan yang turun
hanya mencari sesuap

dan jika esok
hembusan itu tidak lagi berbunyi
ketahui lah
ikan ikan sudah tidak ada
perahu nelayan udah bocor
pukat terus hancur
hanya yang tinggal
gobok tua di hujung pantai
yang goyah lalu tumbang

dan jika esok
suara suara itu sudah tidak ada
ingat lah ....
ombak dan desir
masih jua akan datang
walau hanya sekejap
kerana rindu
pada hembusan bayu
sedang warna pelangi
masih jua kabur
di balik awan

dan jika esok
gerimis sudah tiada
tanamkan dalam diri
bahawa kita tidak lama disini

budak perempuan dengan henset

assalamualaikum...
lama sungguh aku tk updated blog... kurang idea la.. lagpun mlas benor nk on laptop.. ni aku nk cite psal kejadian berlaku mgu lepas 2/10/11.. masa tu on the way balik pekan ke kuantan.. aku lalu dekat jln tmn tas tu nk blik ke indera mahkota sebab malas nk u turn kt permatang badak.. smpai kt traffic light depan sekolah kat taman tas tu, ada la sorg minah tu bawak motor siap main sms.. yg aku geramnya, dia boleh  letak adik dia (aku rasa adik sbb perempuan tu muda lagi) kt seat belakang.. dah la budak tu tido, lentok kiri kanan. .dia boleh tak sedro.. geram sungguh aku.. aku nk tegur kang aku dlm keta, lagpun dia pulok syok gila kroh2 main sms... sakit sgt hati aku tgk.. langsung tk hiraukan keselamtan dan nyawa adik dia tu... ada jugak spesis org gini.. lain kali letak je kt depan dlm bakul pun tkpe, takpun ikat je budok tu dengan tali pinggang kalu rasa nk bwk naik motot... ntah la apa nasib budak tu, aku pun tak tau...