Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 10, 2011

assalamualaikum...

 sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit pendapat terhadap realiti kehidupan sekarang ni. Rata-rata apa yang sy lihat, tak kira lapisan umur semua ada akaun Facebook kan :). Dari kanak2 sampailah ke warga emas.. itulah panahan Facebook.. Sebenarnya main facebook ni ada baik dan buruknya.. kadang2 ada sesetengah yang terlalu leka sampai menimbulkan pergaduhan antara kawan2, rumahtangga etc...
dlm 2 atau 3 bulan lepas saya ada tengok drama yang pasal si isteri selok sakai main fb sampai curang pada suami.. nauzubillah... itulah salah satu yg bahaya dlm fb ni..
ni ha link cite tu bg sape2 yang rasa nk tengok... ambil iktibar dan buat pengajaran http://www.youtube.com/watch?v=oNOZ03UWXmc .....

Walaupun sy masih belum berumahtangga tapi sy rasa sebagai peringatan buat diri saya sendiri juga, ingatlah siapa diri kita.. Bagi para2 isteri jagalah tingkah laku anda, maruah anda kerana setiap apa yang anda lakukan dosa anda suami anda yang tanggung.. Bagi suami pula, janganlah berbangga bila isteri tayang body sana sini.. baliklah ke hujun pangkal, masih belum terlewat untuk kita semua sedar dan bertaubat...wallahualam

sekadar renungan

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

No comments: