Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 4, 2011

Hanya UntukNya...

Seorang insan yang hatinya
hanya kepada Allah
sangat menginginkan, tiadanya kepentingan peribadi..
atau duniawi...

Dirinya menginginkan
hanya tunduk kusyuk kepada-Nya...
dipenuhi masa bertakwa sentiasa..
merasa betapa ruginya..
membuang masa sia-sia
ingin sentiasa menambah pahala....

Andaikan lebih dihajatinya...
dirinya bagai malaikat
tanpa keperluan peribadi
segalanya darinya hanyalah
untuk pengabdian kepada Allah...

Allah lah segalanya
yang menyiram air ketenangan...
yang menyinar cahaya keteduhan..
di ruang hati yang berseri..
bersinar cahaya kebahagiaan..
abadi sentiasa....

Itulah pencinta Allah..
Islam junjunganya..
Rasulullah ikutannya...
Al-Quran amalannya....

Ketika hati menangis....

Tuhanku...
ketika hati menangis, hanya Kau saja yang tahu...


Tuhanku...
ketika mereka meninggalkan aku sendiri, 
ketika dunia tiada seimpati...
Kau tetap mendengar rintihanku...
PadaMu tempat ku menagih kasih,
ketenangan ku rasakan mendekatiMu...
syahdu malam tak terasa sunyi...


Tuhanku....
ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan...
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan...
lantas Kau membuka pintu hatiku...
untuk memberi kemaafan...
pada mereka yan pernah melupakan aku...


Tuhanku..
ketika aku buntu, Kau berikan aku kekuatan...
Kau tunjukkan aku jalan..
Kau tak biarkan aku sendirian...


Tuhanku...
yang maha pengasih..RahmatMU tak terkira...
syukurku melangit pun tak tercapai...
sungguh aku merasa berdosa kerana dulu aku sering lalai..
semoga penyesalanku Kau terima....


Thank you Allah for the blessing You have given....

Thursday, November 3, 2011

Hukum berinai

Assalamualaikum...





lately saya tengok banyak pengantin yg suka berinai corak2 ni... sy pun tk paham kenapa dan apa tujuannya... bagi sy, sy tk berapa suka sebab bukan nampak cantik tp serabut ada... ada jugak yg sy dengar haram hukumnya berinai corak2 ni... saya pun tk pasti.. jadi sy google tentang hukum berinai ni.. Selepas baca ni, sy memang  tak akan berinai corak2 ni..
                                                                     
                                                                  *
                                                                  *

Hukum Memakai Inai Bagi Wanita                                                             

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorg wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda Rasulullah S.A.W lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda . "Aku tidak tahu samaada ini tangan lelaki atau perempuan "  Perempuan itu menjawab " Aku adalah seoran wanita".  Baginda bersabda "sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakain henna (inai) dijarimu"  (hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa dan Baginda Rasulullah  SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang wanita dengan lelaki. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita yang dalam idah yang kematian suami.

Hukum Memakai Inai Bagi Pengantin Lelaki


Diharuskan sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum syarak namun, terdapat riwayat menyatakan :
- Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dihadapan Rasulullah, dikatakan kepada Rasulullah SAW " Wahai Rasulullah, lelaki ini cuba menyerupai wanita" ... lalu lelaki itu dihalau dari al-baq' (sebagai hukuman. dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai)... Lalu mereka bertanya kepada rasulullah s.a.w "kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda s.a.w bersabda " Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang" (diriwayatkan oleh Abu Dawud, Sahih Al-Jaami )

Hukum Melukis Inai Pada Kaki dan Tangan Bagi Pengantin Perempuan


Ada banyak pendapat. Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah megah. ada pendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hnbali : berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samaada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie : berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai inai pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya..walaubgaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu:
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai inai di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki :
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. Ini diriwayatkan daripada Khawiah binti Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah "janganlah memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian " (diriwayatkan oleh At-Tabbrani dalam Al-Kabir, Al-Baijaqi dalam Al-Ma'rifah dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)


Wallahualam



Saturday, October 29, 2011

Nadi Azwaj

Assalamualaikum....

baru nak update pergi ke kerdau baru2 ni sambutan Pas pahang pada hari Rabu 26 oktober 2011.... gambar yg di ambil tk banyak.. tapi apa yang paling berharga dapat ilmu kat sana... walaupun pada awal bertolak dr kuantan cuaca elok, tp bila smpai je kerdau nk masuk tengahri hujan lebat mula turun.. tapi alhamdulillah kami semua selamat pergi dan selamat pulang... thanks to saudari https://www.facebook.com/khazmujahidah @ Mas yang sudi mengajak sy kena... jasamu amat di kenang... lain kali apa2 program mesti sy ikut... terutama nk dekat pilihanraya nnti, berkempen....

bidadari kecik yg chomel

sempat bergambar sebaik smpai je kat kerdau

antara gerai jualan

cik Tohirah sufi dan husna yg solehah

Cinta


Ya Aziz..........
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar Tidak Ada Lagi Yang Dapat
Menawanku Selain Engkau


Ya Rohim..........
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu


Ya Robbii..........
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai
Muara Pertemuanku Dengan-Mu

Ya Robbii..........
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Senantiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu


Ya Allah..........
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan
Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu Untuk-Mu


Ya Allah..........
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu


Ya Ar-Rahman.........
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Kutembus
Di Malam Yang Gelap Gulita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menapakinya


Ya Ar-Rahhim…….
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yg Kutapaki Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Hamba Sadar Semua Ini Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu.

Tuesday, October 25, 2011

Forgive Me - Ahmed Bukhatir (with lyrics subtitle)


first time aku dengar lagu ni, aku tengok video klip ni aku nangis... tiap kali aku tengok video klip ni aku nangis..... selama aku selalu complain atas semuanya...tapi dalam ketidaksedaran kita, rupanya byk lagi insan yg malang dari kita... aku ambik iktibar dari lagu ni... menyedarkan siapa diri aku... jgn terlalu bermegah dgn apa yg Allah pinjamkan pada kita.. semuanya milik Nya, dldm sekelip mata jika Dia nak ambil semua, apa daya kita.... wallahualam


Sunday, October 23, 2011

sambungan......

sambungan kenapa sy tk suka keluar rumah....

nak jadikan cerita, mlm semalam keluarlah aku ke megamall sebab nk g ambik xbox yg dah upgrade.... tp malangnya tk siap lagi, maka tk dapatlah aku main game yg baru aku beli tuh!!... huh smpai je aku kt mega ni, masuk je dlm lif, nampak lah 2 org budak melayu kita berkemban... muka comey dah, tp sayang berkemban.... fesyen berkemban zaman skg ni dh femes ye.. kalu org zaman dulu, nk berkemban dlm umah pun segan, tp org skg selamba je berkemban merata2...  lalu keluar je dr lif dgn selamba aku ckp huh dosa... lantak ko lah budak nk marah ke aku ke apa.... muka tk malu kita malukan aje....
kuar pd mega, ada pulaklah couple dok lepak kt kerek kt tepi restoren ayam penyet tu.. alahai minah tu dhla pakai tudung, dok bermesara2 bagai kt situ.. siap main cuit2 hidung.. dok tu dah la rapat2.... aku apa lagi dgn selamba jugaklah aku sound tk malu ke? dgn selamba aku bla start keta trus bla.. sebab tula ake benci gila nk keluar rumah.. aku meluat dn benci tengok anak2 remaja zmn skg..