Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 9, 2011

Aku Yang Jakun!

dengar tajuk pun dah tau ni cite pasal aku yang jakun....

alkisahnya begini..... tadi aku ke kl sebab nk g beli barang2 keta sikit kat area sunway... nak g lepas subuh, tapi terlajak la plak tido smpai ke pkul 8... hmmmm jawabnya aku gerak dr kuantan pkul 9 lebih tadi...tapi berbaloi gak aku dpt sticker N1 Racing ni.... dah siap tampal kat keta aku..

balik dr sunway, aku ni selok kera nk g ke plaza GM sebab org ckp kat situ barang murah.. tp belian secara borong la... jadi aku ni, ajak la kwn aku g sna... tp drive di kl memang betul2 menguji tahap kesabaran aku!! aku benci kl sebab jem!!! cari punya cari akhirnya jumpa jugak plaza GM tu pun sebab call kwn aku tanya dia kt mana... hehehe...

sampai je sana, aku ni masuk la kt parking... tapi aku pelik benor, aku tengok ngape ada sebuah je keta parking kt situ.. mula la aku membebel (mmg suka membebel pun).... jadi aku park belakang keta tu... tiba2 aku pelik, ngape ada pintu besar depan aku... nak tau apa? jeng jeng jeng.... tengok gambor ni...


kena naik lif... bukan org yang naik lif, tapi keta naik lif... tengok lampu isyarat (skema gila) tu... patutlah tk jumpa parking lot... aku apa lagi, macam org jakun tengok.. pertama kali seumur hidup keta naik lif... mana tak jakunnya aku kan! hahaha masuk je lif aku rasa cuak jugak.. buatnya lif tu tk dpt tampung berat ke, letrik putus tiba2 ke, mau haru biru aku dibuatnya.. seb baik selamat...tapi lif tu automatik.. dia bawak terus kita naik ke tingkat yg ada kosong.. aku ni selok la kononnya nk petik butang tu padahal tk payoh tul... aduh kampung betul aku kan!


 heehehehe... org yg biasa g sna borong barang mesti dh tau.. aku je yg mcam jakun tk pernah jumpa.. tp mmg tak pernah jumpa pun... adeh la... penat sungguh round2 dlm plaza gm tu, tp satu benda pun aku tk beli... ingat nk cari jubah, tapi hampeh tkde.. yg ada baju sarung nangka dan baju tk cukup kain! ish ish ish....

keluar dr plaza gm terus aku balik... otw balik tu perut dh berkeroncong lalu aku singgah la kat burger king makan... maklumlah kat kuantan mana ada burger king kan... balun la burger ayam black paper...


itu jela kisah kejakunan aku pada hari ni.. boleh jadi tragedi november plak

Monday, November 7, 2011

Tragedi Aidiladha dalam kenangan

Assalamualaikum.....

saje nak share sikit dgn kawan2 semua kisah yang terjadi pada hari semalam... ceritanya bermula begini... sy ni ke kuantan dgn anak buah dan adik untuk hantar makanan pada kenalan saya yg tak balik beraya.. dalam perjalanan ke kuantan dari pekan, sy pakai la cincin mutiara yang seseorg telah hadiahkan pada sya... dah selesai hantar makanan tu, sy balik ke pekan... singgah la kat bank nak bank in duit... otw nk g bank tu, gatal2 plak nk pakai losyen sebab tengok tangan kering sgt... lalu sy cabutla cincin yg ada kt jari ni... bila dah cabut letaklah atas riba sambil memandu.. lepas tu lupa nk pakai balik... sampai kt bank terus turun keta tak teringat langsung pasal cincin yg kat atas riba tu...

dah settle bank in duit, rasa tk sedap hati je.. pastu cari cincin.. mana la cincin aku ni berada... meraban cari cincin tu... cari seluruh tempat dah ni... dlm keta, handbag, dan semua tempat yang saya berhenti tadi, tp tk jumpa.. air mata dh bergenang ni... ralat dan cuak sebab hilangkan cincin yg org bagi kan... pilu dan sedih je hati... maklumlah emas skg ni mahal kan, kalu org jumpa cincin tu, jual senang2 je dapaat 1k kan...

lepas tu meraban la cari sana sini.. selok kera dah ni sedih.. last2 teringat Tohirah sufi ajar zikir asmaul husna tu... tanpa henti zikir Allah ya zahir, Kau zahirkanlah cincin aku tu..... lepas tu tiba2 je teringat tercicir kat bank... terus pergi bank tu speed jgn ckplah... sampai sana, adik n anak buah tolong cari kat car park tu.. cari punya cari alhamdulillah jumapa! walau cincin tu dah senget sikit, tp syukur yang tak terhingga jumpa jugak.. menangis kesyukuran....

pengajaran kepada siri sendiri, jangan terlalu cuai sgt...

Friday, November 4, 2011

hari yang suam kuku rimau

Assalamualaikum...

hari ni aktiviti biasa main bowling.. mengasah bakat dan hilangkan boring sementara membawa si nadia tu keluar sebelum dia pulang ke kampus... syok main bowling tadi, tap yg kelakarnya aku pakai skirt.. hahahha wlau pakai skirt tetap champion.. tak malu la sgt sebab busuk2 dapat jugak la 3 kali strike.. yg lain2 spare n ada jugak masuk longkang hehehe...

inilah gambor sy main bowling pakai skirt..
balik dari main bowling 2 game tadi, nak g la makan sbb dah lapor ya amat... pergila kt sebuah kedai kat sungai isap jaya... katanya kedai tu ok n sedap.. so nak try la betul ke tak... aku ni orderla milo ais dgn nasi goreng daging kunyit... si nur m ni plak order air limau nipis n nasi goreng la jugak...

tunggu punya tunggu, tk sampai2 jugak.. badan dah rasa hangin je... perut punyalah lapor.. smpai air minum dah abis pun tk smpai2 jugak.. yg pelik dan herannya, nasi yg aku bungkus boleh smpai, tp yg nk makan tak sampai2 jugak.. bila tnya budak kedai makan tu, dia buat muka blurr..... bertambah la hangin badan aku ni.....

setelah tunggu selama satu jam 1 minit dan kira2 36 saat aku rasa dah bertambah hangin, so kitorg pun suruh dia kira dah bla dari restoren tu.... cari kedai lain plak makan... sakitnya hati bukan kepalang... rasa mcm nak bakor je kedai tu...

masa aku smpai tu ada la satu group dlm 20 org rasanya sebab aku tk kira so aku buat congak secara rambang jela.... tengok2 baju yg diorg pakai tu gayanya mc org U..O.... hmmm patutlah... sendiri mau ingatlah

Hikayat Sang Kancil dan Buaya

hahahahaha... nostalgia sungguh.. korg semua mesti ingat kan cite ni.. masa aku sekolah rendah dulu, balik je sekolah mesti dok terpacak depan tv sbb nk tengok cite ni.. marilah layan sama2...


Hanya UntukNya...

Seorang insan yang hatinya
hanya kepada Allah
sangat menginginkan, tiadanya kepentingan peribadi..
atau duniawi...

Dirinya menginginkan
hanya tunduk kusyuk kepada-Nya...
dipenuhi masa bertakwa sentiasa..
merasa betapa ruginya..
membuang masa sia-sia
ingin sentiasa menambah pahala....

Andaikan lebih dihajatinya...
dirinya bagai malaikat
tanpa keperluan peribadi
segalanya darinya hanyalah
untuk pengabdian kepada Allah...

Allah lah segalanya
yang menyiram air ketenangan...
yang menyinar cahaya keteduhan..
di ruang hati yang berseri..
bersinar cahaya kebahagiaan..
abadi sentiasa....

Itulah pencinta Allah..
Islam junjunganya..
Rasulullah ikutannya...
Al-Quran amalannya....

Ketika hati menangis....

Tuhanku...
ketika hati menangis, hanya Kau saja yang tahu...


Tuhanku...
ketika mereka meninggalkan aku sendiri, 
ketika dunia tiada seimpati...
Kau tetap mendengar rintihanku...
PadaMu tempat ku menagih kasih,
ketenangan ku rasakan mendekatiMu...
syahdu malam tak terasa sunyi...


Tuhanku....
ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan...
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan...
lantas Kau membuka pintu hatiku...
untuk memberi kemaafan...
pada mereka yan pernah melupakan aku...


Tuhanku..
ketika aku buntu, Kau berikan aku kekuatan...
Kau tunjukkan aku jalan..
Kau tak biarkan aku sendirian...


Tuhanku...
yang maha pengasih..RahmatMU tak terkira...
syukurku melangit pun tak tercapai...
sungguh aku merasa berdosa kerana dulu aku sering lalai..
semoga penyesalanku Kau terima....


Thank you Allah for the blessing You have given....

Thursday, November 3, 2011

Hukum berinai

Assalamualaikum...





lately saya tengok banyak pengantin yg suka berinai corak2 ni... sy pun tk paham kenapa dan apa tujuannya... bagi sy, sy tk berapa suka sebab bukan nampak cantik tp serabut ada... ada jugak yg sy dengar haram hukumnya berinai corak2 ni... saya pun tk pasti.. jadi sy google tentang hukum berinai ni.. Selepas baca ni, sy memang  tak akan berinai corak2 ni..
                                                                     
                                                                  *
                                                                  *

Hukum Memakai Inai Bagi Wanita                                                             

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorg wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda Rasulullah S.A.W lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda . "Aku tidak tahu samaada ini tangan lelaki atau perempuan "  Perempuan itu menjawab " Aku adalah seoran wanita".  Baginda bersabda "sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakain henna (inai) dijarimu"  (hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa dan Baginda Rasulullah  SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang wanita dengan lelaki. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita yang dalam idah yang kematian suami.

Hukum Memakai Inai Bagi Pengantin Lelaki


Diharuskan sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum syarak namun, terdapat riwayat menyatakan :
- Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dihadapan Rasulullah, dikatakan kepada Rasulullah SAW " Wahai Rasulullah, lelaki ini cuba menyerupai wanita" ... lalu lelaki itu dihalau dari al-baq' (sebagai hukuman. dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai)... Lalu mereka bertanya kepada rasulullah s.a.w "kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda s.a.w bersabda " Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang" (diriwayatkan oleh Abu Dawud, Sahih Al-Jaami )

Hukum Melukis Inai Pada Kaki dan Tangan Bagi Pengantin Perempuan


Ada banyak pendapat. Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah megah. ada pendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hnbali : berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samaada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie : berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai inai pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya..walaubgaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu:
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai inai di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki :
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. Ini diriwayatkan daripada Khawiah binti Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah "janganlah memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian " (diriwayatkan oleh At-Tabbrani dalam Al-Kabir, Al-Baijaqi dalam Al-Ma'rifah dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)


Wallahualam