Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 29, 2011

Nadi Azwaj

Assalamualaikum....

baru nak update pergi ke kerdau baru2 ni sambutan Pas pahang pada hari Rabu 26 oktober 2011.... gambar yg di ambil tk banyak.. tapi apa yang paling berharga dapat ilmu kat sana... walaupun pada awal bertolak dr kuantan cuaca elok, tp bila smpai je kerdau nk masuk tengahri hujan lebat mula turun.. tapi alhamdulillah kami semua selamat pergi dan selamat pulang... thanks to saudari https://www.facebook.com/khazmujahidah @ Mas yang sudi mengajak sy kena... jasamu amat di kenang... lain kali apa2 program mesti sy ikut... terutama nk dekat pilihanraya nnti, berkempen....

bidadari kecik yg chomel

sempat bergambar sebaik smpai je kat kerdau

antara gerai jualan

cik Tohirah sufi dan husna yg solehah

Cinta


Ya Aziz..........
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar Tidak Ada Lagi Yang Dapat
Menawanku Selain Engkau


Ya Rohim..........
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu


Ya Robbii..........
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai
Muara Pertemuanku Dengan-Mu

Ya Robbii..........
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Senantiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu


Ya Allah..........
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan
Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu Untuk-Mu


Ya Allah..........
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu


Ya Ar-Rahman.........
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Kutembus
Di Malam Yang Gelap Gulita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menapakinya


Ya Ar-Rahhim…….
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yg Kutapaki Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Hamba Sadar Semua Ini Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu.

Tuesday, October 25, 2011

Forgive Me - Ahmed Bukhatir (with lyrics subtitle)


first time aku dengar lagu ni, aku tengok video klip ni aku nangis... tiap kali aku tengok video klip ni aku nangis..... selama aku selalu complain atas semuanya...tapi dalam ketidaksedaran kita, rupanya byk lagi insan yg malang dari kita... aku ambik iktibar dari lagu ni... menyedarkan siapa diri aku... jgn terlalu bermegah dgn apa yg Allah pinjamkan pada kita.. semuanya milik Nya, dldm sekelip mata jika Dia nak ambil semua, apa daya kita.... wallahualam


Sunday, October 23, 2011

sambungan......

sambungan kenapa sy tk suka keluar rumah....

nak jadikan cerita, mlm semalam keluarlah aku ke megamall sebab nk g ambik xbox yg dah upgrade.... tp malangnya tk siap lagi, maka tk dapatlah aku main game yg baru aku beli tuh!!... huh smpai je aku kt mega ni, masuk je dlm lif, nampak lah 2 org budak melayu kita berkemban... muka comey dah, tp sayang berkemban.... fesyen berkemban zaman skg ni dh femes ye.. kalu org zaman dulu, nk berkemban dlm umah pun segan, tp org skg selamba je berkemban merata2...  lalu keluar je dr lif dgn selamba aku ckp huh dosa... lantak ko lah budak nk marah ke aku ke apa.... muka tk malu kita malukan aje....
kuar pd mega, ada pulaklah couple dok lepak kt kerek kt tepi restoren ayam penyet tu.. alahai minah tu dhla pakai tudung, dok bermesara2 bagai kt situ.. siap main cuit2 hidung.. dok tu dah la rapat2.... aku apa lagi dgn selamba jugaklah aku sound tk malu ke? dgn selamba aku bla start keta trus bla.. sebab tula ake benci gila nk keluar rumah.. aku meluat dn benci tengok anak2 remaja zmn skg..

Friday, October 21, 2011

sebab-sebab kenapa saya jarang keluar umah

ha.... tengok tajuk je mcm sy ni kaki dok umah kan?.. tp sebenarnya tk jugak... ada sebab2 kenapa sy rasa malas nk keluar umah.. salah satu sebab terbesarnya, Dosa...Sebenarnya, sy malas nk keluar sebab, tiap kali keluar je tgk ramai golongan yg tk sedar diri terutama kat megamall, ECM, ktn parade mcm2 lagi.. kt pasar mlm puun ramai yg tak sedar diri.. so dari sy turut berdosa melihat dana termengata kat diorg baik sy dok umah, layan intenet tgk movie kan...

cuba lakorg perhatikan kalu korg kuar ke bandor tu, budak2 zaman skg ni kalu berpakaian masyaAllah, mcm tk cukup belaka nk beli kain... ingat lawo gamaknya pakai nkap alur jubor sana sini, ada yg pakai tudung tp baju mcm sarung nangka... berpeluk sana sini, ikut sedap rasa je.... kadang2 tu mmg rasa nk bagi penampor je sedas, tp pikir pulak, kang tk pasal2 aku pulak yg dpt penampor semula.. budak skg ni bukan boleh ditegur, bila kita tegur mulalah diorg ckp kita ni memandai, mak bapak diorg pun tk kisah.. itu mmg ayat lazim diorglah tu...

yang selalu aku npk kt megamall la gaya pakaian diorg nk ikut trend pebenda ntah aku pun tk reti nk ckp.. payoh nk tafsir... dengan make up tebal klcc.. pastu baju pulak... aduh... rosak anak bangsa melayu.... sebab tu aku minat dengor lagu ni.... http://youtu.be/ep4-vPkXSiw..... memang ketif pala otak budak ni reka lagu...

Demam Denggi

nak kata aku demam denggi atau bukan, aku pun tk sure.. tp aku demam tiba2 je mengejut... siang hari molek je aku g megamall jalan2 balik ke umah, trus aku demam memnggigil tk boleh bangun... seminggu pulak tu.. seminggu tk makan... hasilnya dr sakit yg aku dpt, berat badan aku turun... huh kena maintain ni.. kemain susah nk dpt turun berat badan... kalau sebulan aku demam, jawabnya tinggal rangka la.... sebenarnya aku pun tak tau sgt apa itu denggi... tp smpai skg ni badan aku ttp ada bintik2 merah, g hospital doktor ckp bukan denggi.. ntah aku harap mmg bukan.. tp seksa bukan... sakit sendi Ya Rabbi... pinggang aku rasa nk patah... smpai la skg ni, aku nk berjalan pun sakit2 lagi kaki n betis aku ni... aku rasa nk selitkan sikit info pasal denggi kt sini yg telah aku google...


 
DEMAM DENGGI
Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Monday, October 10, 2011

Cerita yang takde Tauladan

Assalamualaikum....

Semakin hari saya tengok cerita2 kat tv sekarang ni makin tkde pengajaran dan tauladan untuk anak2 muda. Sekarang ni kalau tengok cerita2 cinta, bukan main lagi.. adegan peluk2, cium macam dah jadi adat pulak bg pelakon2 kita.. kalau cerita barata, hindustan tu tk kisah la sgt (kisah jugak) tapi ini filem dan drama kat malaysia... kata negara islam, tp bila cerita melampau2 saya tengok hari ke hari.. Bila keluar paper, mulalah si artis polan bin polan ni jawab saya hanya mengikut skrip.. abis kalau orang suruh makan taik korg ikut jugak ke?.. kadang2 tu, ada jugak cerita yang berunsurkan islamiah tapi kenapa ada jugak adegan peluk2? tu yg aku heran tu.. apa takde ke rasa segan sebagai seorang islam?
Tambaha pulak dgn iklan kt tv.. masyaAllah, makin hari makin teruk.. iklan deodoran skg ni, dh makin teruk.. dulu2 mana ada tunjuk ketiak, tapi skg ada satu iklan tu (aku lupa dah) yang perempuan kereta rosak tepi jalan tu.. kononnya bila lambai janta2 mintak tolong tk nampak ketiak, sorg pun tkd nk tolong.. tapi bila tayang ketiak, berkoyan2 org nak tolong.. elok ke contah iklan gitu? esok2 ada pulak anak2 muda kita mengikut... jgn sampai buka baju sudah...
iklan tuala wanita pulak...
yang ni pun dah semakin berani aku tengok.. dulu2 masa aku kecik2 dulu, tkde iklan begini kt tv.. tp skg ni, berlambak.. kalau nak kata budak sekarang tk pandai pakai pad, usah nk bohonglah...
pada aku iklan, drama, filem kat malaysia makin melampau.. tolonglah pantau sikit apa yang berlaku.. janganlah sewenang2 nya buat iklan/drama tanpa fikir maruah diri... bagi artis2 tu plak, jgn rasa bangga tayang body ala ikan kering tu... buka sana sni smpai terjojol sna sni... kt dunia ni mata org terjojol tgk anda, tp tk sedarkah anda nnti di sana di jilat api neraka? nauzubillah...

gambar ni sebagai je ye