Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 10, 2011

Wahai wanita Solehah Tidakkah Kau Tahu?....



Suatu gambar seorang wanita yang berpakaian menutup aurat merupakan gambar yang halal dilihat. Namun ia menjadi haram apabila orang melihat gambar perempuan yang tidak memakai tudung menutup rambut dan dada, juga apabila perempuan itu memakai seluar jeans ketat, dll.

Aisyah r.a telah menuturkan riwayat bahawa Asma binti Abu Bakar pernah masuk ke ruangan wanita dengan berpakaian tipis (transparan) sehingga Rasulullah saw berpaling seraya bersabda:
“Asma, sesungguhnya perempuan itu, jik telah baligh, tidak pantas untuk ditampakkan dari tubuhnya kecuali ini dan ini(sambil menunjukkan wajah dan telapak tangan).”

Allah memerintahkan lelaki dan perempuan beriman untuk menundukkan pandangannya.

“Katakanlah kepada laki-laki mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemahuannya, sikap demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya” [TMQ An-Nur:30-31]

Dikuatkan lagi dengan hadith Rasulullah saw yang bersabda:
"wahai Ali, ketahuilah bahawa pandangan pertama itu halal bagi kamu, manakala pandangan kedua itu adalah haram bagi kamu"

Persoalannya, bagaimanakah orang-orang yang pakai facebook nak mengelakkan diri daripada menundukkan pandangan sedangkan apabila mereka buka facebook saja, terus nampak gambar wanita-wanita yang mempamerkan rupa paras mereka yang jelita... Walaupun mereka memakai tudung, tetapi seorang lelaki muslim tidak dibenarkan untuk melihat wanita lebih dari sekali pandangan walaupun mereka menutup aurat tanpa urusan-urusan tertentu seperti pendidikan, jual-beli, dll. Kerana mereka telah diperintahkan untuk "menundukkan pandangan".

Rasulullah juga bersabda: "Pandangan merupakan salah satu dari anak panah antara anak-anak panah syaitan"

daripada pandangan,
turun ke hati,
daripada perkenalan,
bermula percintaan.....

Apakah pandangan itu pandangan nafsu???
Apakah percintaan itu semata-mata memuaskan nafsu semata-mata???

Mungkin orang lain boleh berkata, "alah, sepatutnya diorang la yang tutup gamba tu, pastu bukak gamba lain!"

Persoalannya, mereka sendiri dah menayangkan foto-foto mereka sendiri. nak tak nak, sekurang-kurangnya, akan terpampang jugak kat home atau primary photo kan???

Sebab, kalau di alam sebenar (di luar), kalau seorang lelaki terlihat seorang perempuan, (jika dia beriman) dia akan menundukkan pandangan. Tapi, kalau dalam facebook, kalau lelaki tu tak nak tengok sekalipun, dia seolah-olah 'dipaksa' untuk tengok!

Jadi, apa yang jelas disini ialah, wajib bagi lelaki untuk menundukkan pandangan dan seharusnya seorang perempuan muslimah yang ingin menjaga kesuciannya dan kehormatannya akan membenarkan wajahnya dilihat oleh mahramnya sahaja, dan yang teristimewa sekali, khusus untuk suaminya.... Mana-mana suami pun pasti menjadi cemburu kalau kecantikan isterinya dinikmati oleh jutaan lelaki... Apatah lagi didalam facebook yang mempunyai rangkaian 350 juta manusia! Untuk gadis yang belum berkahwin pula, perbandingan yang sesuai diberikan ialah,

"Wanita bak sebiji epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik dan digapai. kadang-kadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarny telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya hingga tiada siapa berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu..."

Tambahan lagi dalam situasi kehidupan pada masa kini, yang mana terdapat terlalu banyak manusia-manusia yang berpenyakit jiwanya, mereka boleh buat apa sahaja apabila peribadi seorang wanita itu telah terserlah dengan begitu mudah. Kita tidak akan pernah tahu, kalau ada orang yang berniat jahat dengan kita, "malang tak berbau". Oleh itu, sentiasalah berhati-hati. Biasanya ramai perempuan yang diganggu oleh lelaki-lelaki apabila mereka telah melihat gambar seseorang perempuan yang cantik. Apabila ada teknologi laman sosial seperti facebook ni, jadi lebih mudahlah kerja mereka, bagaikan "orang yang ingin tidur lagi disorong bantal !" jadi, sekiranya anda merasa diri anda cantik, maka berjaga-jagalah! hehe

kaedah syara’ dalam masalah ini adalah :

اَلْوَسِيْلَةُ إِلَى اْلحَرَامِ حَرَامٌ

“Perkara-perkara yang menghantarkan kepada perbuatan haram adalah haram.”

Sungguh, kita tidak pernah berniat untuk menjadi penyebab orang lain melakukan kema'siatan. Tetapi, sekiranya benarlah, bahawa perbuatan kita itu telah menjadi sumber kejahatan orang lain, maka bersegeralah menukar foto-foto yang ada atau menyimpannya untuk dilihat oleh mahram dan orang-orang perempuan sahaja!

Wahai para wanita muslimah, anda adalah penentu jatuh bangunnya umat. Jika rosak dirimu, maka rosaklah keseluruhan umat. Kerana kamulah yang akan melahirkan dan menjadi pendidik bakal pejuang Islam atau pengkhianat umat di masa hadapan! Pilihlah satu antara dua! Persiapkanlah dirimu!

No comments: